Sunday, 30 December 2012

Perubahan pada tahun 2013

Assalamualaikum ;)

Kepada pelanggan-pelanggan kami yang dihormati. Kami amat berbesar hati dan berterima kasih di atas sambutan yang diberikan kerana sudi menginap di Zahra Homestay.

Semenjak awal Oktober lalu, rumah ini mula dibuka untuk orang ramai yang ingin bercuti di Johor Bahru. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan memandangkan rumah kami sangat strategik untuk ke destinasi sekitar Johor Bahru dan Singapore walaupun ada yang sudah booking tapi cancel di saat-saat akhir. Kami harap perkara tersebut tidak berulang lagi untuk masa yang akan datang.

Ok, bercerita mengenai homestay ini, pada tahun 2013, bermula Januari 2013 kenaikan harga penginapan akan ditambah seperti berikut :

tahun 2012
RM160 (Hari bekerja : Ahad malam - Khamis malam)
RM180 ( Hari minggu : Jumaat malam - Sabtu malam)

tahun 2013
RM180 (Hari bekerja : Isnin malam - Khamis malam)
RM200 (Hari minggu : Jumaat malam - Ahad malam)

Kenaikan harga ini adalah sebab-sebab tertentu yang melibatkan faktor ekonomi sekarang. Segala kelengkapan rumah tidak berubah dan masih seperti dulu. Diharap, kepada semua pelanggan kami, dapat menerima keputusan ini dan masih  sudi menginap di Zahra Homestay.

Opss, terlupa pulak.. ada penambahan bilik diruangan atas. Jadi sekarang homestay kami ada 4 buah bilik.

No comments:

Post a Comment