Sunday 30 December 2012

Perubahan pada tahun 2013

Assalamualaikum ;)

Kepada pelanggan-pelanggan kami yang dihormati. Kami amat berbesar hati dan berterima kasih di atas sambutan yang diberikan kerana sudi menginap di Zahra Homestay.

Semenjak awal Oktober lalu, rumah ini mula dibuka untuk orang ramai yang ingin bercuti di Johor Bahru. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan memandangkan rumah kami sangat strategik untuk ke destinasi sekitar Johor Bahru dan Singapore walaupun ada yang sudah booking tapi cancel di saat-saat akhir. Kami harap perkara tersebut tidak berulang lagi untuk masa yang akan datang.

Ok, bercerita mengenai homestay ini, pada tahun 2013, bermula Januari 2013 kenaikan harga penginapan akan ditambah seperti berikut :

tahun 2012
RM160 (Hari bekerja : Ahad malam - Khamis malam)
RM180 ( Hari minggu : Jumaat malam - Sabtu malam)

tahun 2013
RM180 (Hari bekerja : Isnin malam - Khamis malam)
RM200 (Hari minggu : Jumaat malam - Ahad malam)

Kenaikan harga ini adalah sebab-sebab tertentu yang melibatkan faktor ekonomi sekarang. Segala kelengkapan rumah tidak berubah dan masih seperti dulu. Diharap, kepada semua pelanggan kami, dapat menerima keputusan ini dan masih  sudi menginap di Zahra Homestay.

Opss, terlupa pulak.. ada penambahan bilik diruangan atas. Jadi sekarang homestay kami ada 4 buah bilik.

Friday 9 November 2012

Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri 2012 ;)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dapat juga kami sekeluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Tahun ini, saya dan suami beraya di Gombak dan Kuang. Keesokkan harinya beraya di Segamat (kampung mak mertua) dan pada raya kedua petang saya beraya di Johor Bahru.

Semasa berada di Johor Bahru, kami sempat buat rumah terbuka sempena Hari Raya dan juga merasmikan rumah baru kami(baru tak la baru sgt, cuma jarang duduk..hihi)bersama saudara-mara belah suami dan keluarga saya. ;)

Jom tengok gambar2 semasa rumah terbuka Raya Aidilfitri ;)
Keluarga saya turut datang ;) tetamu pertama tau. hihi


entah ape la yg diorang ni borakkan...

siap2 nak prepare makanan

tambahan dapur di luar. huhu

kawan2 lama sempat berjumpa ;)

father in law tgh rancak berborak..hhi
anak2 sedara nuar - pemalu+comel2 ;)
Hmm, inilah dia gelagat2 semasa rumah terbuka. Alhamdulillah, ramai sedara-mara datang memeriahkan suasana sampai habis lauk2 ;) heee
Saya pun tgh sarat masa ni.. adalah can untuk aktif2kan diri. Orang tua2 cakap kena aktif untuk mudah bersalin. hahaha
Ok, masa tgh sambut raya ni adalah planning2 nak buat Homestay sebab rumah ni sayang la terbiar lama sangat xde orang nak duduk, balik JB pun kadang2. Bila pikir2 balik, elok juga buat homestay dapat juga income masuk. hihihi Akhirnya, tercipta lah "Zahra Homestay" Kalau ada siapa2 berminat boleh hubungi Anuar 017-6056204

Hmm, sampai sini jek lah ye.. jumpa lagi! ;)

Friday 2 November 2012

Homestay Baru kini dibuka ;)


Mencari rumah persinggahan atau homestay bila berkunjung ke Johor Bahru? Kami menyediakan kemudahan yang selesa untuk seisi keluarga. Dengan harga penginapan yang berpatutan sesuai dengan keadaan persekitaran yang kondusif. Berikut detail mengenai homestay kami : 


Kawasan :
Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang

Spesifikasi :
* Rumah teres 2 tingkat
*4 bilik - 3 bilik atas dan 1 bilik bawah
* 3 bilik air - atas dan bawah
* ruang dapur yang lengkap dengan peralatan memasak
* Ruang tamu lengkap dengan TV dan Astro
* Tambahan tilam dan bantal

Ruang tamu
Ruang santapan

Ruang dapur

Bilik tidur atas
Bilik tidur bawah

Rate :
RM 180 Weekdays : Isnin malam - Khamis malam
RM 200 Weekend : Jumaat malam - Ahad malam
 
 Kelengkapan lain:
  • Peti sejuk
  • Dapur Gas
  • Keetle/ Cerek air elektrik

 Rumah Tumpangan Johor Bahru ini sangat sesuai untuk:

*Family Gathering sekitar Pasir Gudang
* Majlis Reunion 
* Hotel atau Guesthouse Pasir Gudang untuk pendaftaran atau convo Politeknik Pasir Gudang/   Politeknik Johor Bahru , MRSM Sri Alam, Kolej Komuniti Pasir Gudang, UniKL Sri Alam, Kolej MasterSkill Johor bahru.
* Sesuai juga dijadikan rumah persinggahan untuk Majlis Konvokesyen 
* Kemudahan Staff House untuk pekerja di Kawasan industri Pasir Gudang, Johor Port, MISC, Sime Darby Engineering, plant shutdown

Kemudahan persekitaran :


* Kawasan homestay terletak dibelakang KFC, Pizza Hut dan Pusat Badminton.
* Kawasan rekreasi Pasir Gudang (Water Park di tasik, bukit layang-layang, Litar Lumba Pasir Gudang)
* Pasaraya Kipmart, KFC, Pizza Hut 
* Pusat Bandar Pasir Gudang (Hospital Penawar, Maybank, Bank Islam, BSN)
* Food Court (Kebayan Food Court, Pusat Bandar Pasir Gudang Food Court, Kedai Makan di sekitar Tasik & kawasan rekreasi Pasir Gudang) 
* Berdekatan dengan Hospital KPJ (akan dibuka)


Antara destinasi menarik yang boleh dilawati sekitar Johor Bahru:

- Pantai Desaru, Kota Tinggi Waterfall (Melalui Highway Baru Pasir Gudang-Desaru-Senai)
- Giant Plentong - Jusco Tebrau (Melalui Highyway Pasir Gudang/Shortcut Masai-Johor Jaya)
- Tesco Sri Alam
- Danga Bay
- Shopping Mall: Plaza Angsana, Kotaraya, City Square
- Dataran Bandaraya Johor Bahru.
- Persada Johor (Pusat pelbagai Pameran terbesar di Johor)
- Nusajaya (pusat pentadbiran Kerajaan Johor) - LEGOLAND (pusat hiburan terbaru diadakan)



Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami : 

Shahrul Anuar 017-6056204 / 017-5376204
Email : tripleliar@yahoo.com
eyna_fya90@yahoo.com

Find us on Google+